4 lelaki yang ditarik wanita ke neraka
Seseorang
wanita itu apabila di yaumul akhirat akan menarik empat golongan lelaki
bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan untuk memperkecilkan
wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya
dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang
dipikul!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar sholat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat… tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. bergaul
bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yg bukan muhrim apabila suami mendiam diri
walaupun dia seorang alim seperti sholat tidak bertangguh, puasa tidak
pernah ditinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Kakak Laki-Laki
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggung jawab menjaga adik wanita jatuh ke
bahu kakak laki-lakinya… jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran
ISLAM …tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangung jawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/kakak laki-laki atau anak harus memainkan peranan
mereka.
Firman ALLAH SWT:
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…"