penemuan
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa
dengan izinan-NYA air penawar dapat menyembuhkan penyakit, baca dan
hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak
telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah
beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahwa dia telah berkesempatan menghadiri satu
seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini
yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang
bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau
menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan
dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel
air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan
bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air
tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,
tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan
sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa
molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air
yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
(bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna
yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu Profesor
bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah
ini".
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
zam-zam.
"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air
zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi
rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat
experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi
rupa bentuk molikul-molikul air.
Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral
masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana
rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul
air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg
panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan
Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan
berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah
Diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa
manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
ayat-ayat yang mulia kepadanya".